Monday, May 9, 2011

Satisfaction

 Pada 29 April yang lalu, seorang anak muridku telah pun khatam Al-quran buat pertama kali nya denganku..Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kejayaan ini. Sesungguhnya tiada yang paling indah bagi seorang pendidik melainkan kejayaan anak didiknya..Terasa satu kepuasan yang amat bila melihat anak murid yang diajar dapat memahami apa yang telah diajarkan dan mendapat kejayaan.

Muhammad Syazanee Syahme bin Hawari, dialah anak murid pertama yang khatam quran se jak aku mengajar bermula Mei 2009..Walaupun aku tidak mengajarnya dari permulaan dia membaca quran, tetapi peningkatan bacaannya sejak aku mengajar memberi satu kepuasan yang tak terhingga. 
 Alhamdulillah, dia dapat khatam quran tepat pada masanya seperti yang aku rancangkan.

Tetapi aku juga agak sedih kerana terpaksa meninggalkan pekerjaan ini pada akhir bulan Mei ini. Aku terpaksa berhenti mengajar kerana terikat dengan pengajianku..Aku akan menjalani latihan industri (practical) bermula akhir Mei ini selama tiga bulan. Terasa sangat berat untuk meninggalkan anak-anak murid yang aku sayang..Rindu untuk melihat gelak tawa dan telatah mereka di dalam kelas.

Aku berdoa agar mereka pandai membaca quran dan menjadi orang yang sentiasa mengamalkan Al-quran dalam kehidupan mereka. Semoga mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku diatas segala kekurangan dan kelemahan dalam mendidik mereka..Amin..

Friday, March 4, 2011

Bacalah..

Assalamualaikum,

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan"
 Surah Al-a'laq: ayat 1 




           Ayat diatas merupakan wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w. di gua hira' ketika baginda berumur 40 tahun..Jika difikirkan, mengapakah wahyu pertama yang diturunkan menekankan kepada pembacaan sedangkan Nabi Muhammad pada ketika itu tidak reti membaca dan menulis..
           Dalam konteks yang lebih luas, Islam menekankan kepentingan ilmu kepada penganut-penganutnya dan proses pencarian ilmu itu bermula dengan membaca dan menulis. Islam sendiri menyeru kepada manusia untuk mencari ilmu dan tamak akan ilmu. Dari ilmu, seseorang dapat menguasai ekonomi, politik, sejarah dan sebagainya.
            Oleh itu, marilah kita pupuk budaya membaca kerana bangsa yang banyak membaca adalah bangsa yang berjaya..Kita perlu membaca bukan sekadar bidang yang kita minat semata-mata tetapi semua bidang kerana dengan pembacaan, ia dapat mengubah cara kita berfikir, cara kita bertindak, dan cara kita bercakap.

Tuesday, February 8, 2011

berilah mereka sedikit wang untuk makan..

Assalamuaikum w.t.b.
               "Berilah mereka sedikit wang untuk makan". Tajuk yang sangat menarik perhatian saya untuk ruangan kali ni..Isu kali ni adalah berkaitan isu sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap orang lain demi kepentingan tertentu. Isu ini sering terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. Salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah isu yang melibatkan anak-anak yatim yang dipergunakan untuk menjual barang-barang di stesen-stesen minyak atau tempat-tempat awam yang lain. Mereka selalunya dihantar oleh guru-guru mereka untuk menjual kalendar, vcd, atau cenderamata yang lain. Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi di mana kita didekati oleh kanak-kanak ini yang terpaksa menjual barang-barang tersebut..
               Ada sesetengah dari kanak-kanak itu yang dipaksa untuk menjual barang-barang tersebut tanpa kerelaan hati. Jika membantah, mereka akan dikenakan hukuman oleh guru tersebut. Tetapi apabila ditanya kepada mereka siapakah yang menyuruh mereka untuk menjual, pasti jawapan yang diterima ialah mereka melakukannya atas kerelaan hati dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Ada sesetengah kes, mereka ditetapkan untuk mencapai jumlah jualan tertentu pada setiap hari. Jika jualan mereka kurang dari jumlah yang ditetapkan, mereka akan dimarahi, didenda, dan dipukul..
               Cuba kita bayangkan orang-orang yang kita sayang diperlakukan sedemikian. Anak atau adik kita dipaksa untuk menjual barang-barang tersebut sepanjang hari, berjemur pada panas terik matahari, dan dalam keadaan berdiri sepanjang hari..Tidakkah kita berasa sedih jika orang-orang yang kita sayang diperlakukan begitu? Maka sama jugalah nasib anak-anak yatim itu yang tidak mempunyai sesiapa untuk mereka mengadu nasib dan bermanja.
              Persoalan yang sering bermain di fikiran saya ketika didekati oleh anak-anak yatim ini ialah adakah mereka telah makan? Adakah mereka mempunyai duit untuk membeli makanan? Jika mereka mempunyai duit, duit siapakah yang digunakan untuk membeli makanan? Jika duit mereka sendiri yang digunakan, memang sangat zalim..Sudahlah dipaksa menjual sepanjang hari, makan pun terpaksa menggunakan duit sendiri..Bagi saya, jika kita tidak mahu memberi sedekah atau membeli barang-barang yang dijual mereka, sekurang-kurangnya kita memberi mereka sedikit duit untuk makan atau kita membeli terus makanan untuk mereka makan..Ini kerana mereka terpaksa menunggu guru mereka datang semula ke tempat mereka ditempatkan dan barulah mereka diberi makan..Kadang-kadang mereka terpaksa menunggu sehingga lewat malam. Ingatlah, sesungguhnya ganjaran dari berbuat baik terhadap anak-anak yatim amatlah besar disisi Allah s.w.t..
 

Thursday, January 20, 2011

Kenapa masih ramai yang miskin??

Assalamualaikum w.t.b.
            Mengapa masih ramai rakyat Malaysia yang miskin? Persoalan tersebut sering kali bermain di fikiran saya..Saya menjadi hairan mengapa keadaan ini terus berlaku di negara kita walaupun Malaysia telah lama mencapai kemerdekaan & menjadi sebuah negara yang pesat membangun..
           Saya berpendapat ada beberapa faktor yang mennyumbang kepada masalah tersebut..Ini hanyalah pendapat peribadi saya semata-mata & tidak berpandukan kepada sesiapa..Pertamanya, masih ramai rakyat Malaysia yang miskin disebabkan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan tentang kemasukan pekerja asing di negara kita..Jika kita lihat di sekeliling kita, terdapat ramai pekerja asing yang mencari rezeki di sini..Pengambilan pekerja-pekerja asing pada satu sudut memberi kebaikan kepada pembangunan negara seperti dapat mengurangkan labor cost tetapi dari sudut yang lain, ia sebenarnya banyak memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia..Rakyat akan hilang peluang pekerjaan & akan meningkatkan jumlah pengangguran di kalangan rakyat..Jumlah pengangguran yang tinggi juga boleh menjadi penyebab kepada peningkatan kadar jenayah seperti merompak, mencuri, pecah rumah, & sebagainya..Pengambilan pekerja-pekerja asing juga akan menyebabkan aliran keluar wang dari negara ini kerana wang yang diperolehi oleh mereka akan dihantar ke negara masing-masing.. 
             Jika dilihat di negara-negara jiran kita seperti Thailand, hatta di negara-negara Eropah sekalipun, mereka lebih mengutamakan rakyat mereka sendiri berbanding mengimport pekerja asing walaupun hanya bekerja sebagai pengutip sampah atau buruh binaan..Bagi saya, negara kita tetap memerlukan tenaga asing tetapi bagi sektor-sektor tertentu sahaja seperti sektor pembinaan..Bagi sektor-sektor perkhidmatan & perindustrian, kerajaan & pemilik-pemilik syarikat perlu mengutamakan rakyat negara ini..
             Faktor kedua ialah sikap rakyat negara ini yang terlalu memilih pekerjaan..Kebanyakan dari kita terlalu memilih jenis pekerjaan, seperti suasana pekerjaan yang selesa, di dalam penghawa dingin..Hakikatnya berapa ramai rakyat kita yang sanggup melakukan kerja-kerja yang melibatkan fizikal seperti pembinaan, kerja-kerja di bawah sinaran matahari & kerja-kerja yang merbahaya. Sesetengah dari kita juga berasa malu untuk berniaga di tepi jalan demi menjaga standard..Mereka lebih rela menganggur sebelum mendapat pekerjaan yang selesa berbanding melakukan pekerjaan di tepi-tepi jalan atau kaki lima. Saya mengambil contoh seorang warga asing yang datang ke negara ini dalam keadaan sehelai sepinggang..Tidak mempunyai apa-apa tetapi sanggup melakukan apa saja kerja demi menyara kehidupan keluarga di negara masing-masing..Dari keadaan sehelai sepinggang, mereka melakukan apa saja kerja yang dapat meningkatkan ekonomi mereka. Fikir bagaimana seorang warga asing yang pada mulanya hanya menjual air & kuih muih di tepi jalan tetapi kini boleh menjadi kaya raya di negara kita..Situasi ini benar-benar terjadi di Malaysia. Tetapi rakyat kita masih lagi di takuk lama..Semua itu dilakukan dengan usaha yang gigih & tidak mengenal erti jemu.. 
            Faktor ketiga mungkin disebabkan masih ramai umat Islam di negara ini tidak membayar zakat.. Jika semua umat Islam yang berkemampuan membayar zakat, nescaya tiada lagi rakyat miskin di negara ini terutamanya umat Islam..Ini kerana sebahagian harta yang diperolehi oleh kita merupakan hak bagi fakir miskin..Begitulah Islam menerapkan nilai-nilai murni bagi penganutnya..Islam menerapkan nilai bantu membantu di kalangan umat Islam melalui ibadah zakat.  
            Secara konklusinya, hendaklah kita sama-sama berusaha untuk membasmi kemiskinan di negara kita dengan berusaha lebih gigih tanpa mengira jenis pekerjaan selagi pekerjaan itu baik & halal..Pedulikan segala cakap-cakap orang tentang pekerjaan yang kita lakukan kerana kita tahu apa yang kita lakukan..Berusahalah sekuat mungkin di negara kita sendiri kerana Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi mereka yang pandai mengambil peluang di depan mata..





 

Tuesday, January 11, 2011

2011: permulaan yang busy

Assalamualaikum w.t.b..
           Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua followers & pembaca blog ni..Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih memberikan kita peluang untuk terus hidup di atas muka bumi ni..Semoga apa yang diazamkan untuk tahun ini dapat dicapai dengan jayanya..InsyaAllah..
           Minggu ni bermulalah semester baru bagi student2 Unitar & ni merupakan semester akhir saya sebelum practical..Rasa macam baru je masuk Unitar,sekarang dh nak habis..terlalu cepat masa berlalu..Nasib baik tinggal 4 subjek je untuk sem ni t'masuk final project..
           Tapi tiba2 rasa macam banyak komitmen untuk semester ni..Bermula dengan cooking competition pada 14-16 jan ni, lepas dari tu baru boleh focus untuk kelas & final project..Sebelah malam pulak kena mengajar budak2 mengaji quran di Subang Bestari dan tadi ketika mengajar, ada seorang bapa kepada murid mengaji minta tolong ajarkan anaknya tulisan jawi pada setiap hujung minggu, sabtu malam & ahad malam..Oh,sangat pening!!
           Pertengahan bulan 2 nanti, insyaAllah akan mengambil kelas untuk baking certificate dari Malaysian Institute of Baking selama 2 bulan, setiap sabtu & ahad..Memang dah xde cuti langsung dah ni..hehe..Harap saya dapat mengharungi semua ni dengan lancar & dapat memberikan komitmen terbaik dalam setiap kerja yang diamanahkan..InsyaAllah..Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku & berilah kesihatan kepadaku agar dpt aku laksanakan amanah & tanggungjawab ini dengan baik..Amin..
          
 

Thursday, December 16, 2010

I'm 21..

            
                  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberi nyawa & kesihatan kepadaku..16 Dec 2010 genap umurku 21 thn..dah makin tua rupanya..hehe..Disini saya nak mengucapkan bebanyak terima kasih kepada keluarga & sahabat2 yang wish utk birthday saya..terharu rasanya..So, apa azam saya untuk 21 tahun ni merangkap azam tahun baru hijrah & masihi..Firstly, saya berazam utk maintain result saya dlm DL utk final sem nanti..Azam kedua ialah membeli sebuah kereta sebelum akhir tahun depan..Semoga saya berjaya untuk mencapai cita2 & azam saya kali ni..Amin..

Friday, December 10, 2010

takkan berakhir selagi....



           Saban hari kita mendengar, melihat kes-kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar, televisyen dan sebagainya..Kes-kes tersebut semakin hari semakin meningkat dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya..Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak dalam membendung gejala ini, namun ia tidak juga berkurangan malah semakin meningkat. Hal ini sangat membimbangkan kita kerana masalah sosial dikalangan remaja di negara ini semakin menjadi-jadi..
            Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati jumlah kes pembuangan bayi  antara tahun 2000 hingga 2006 adalah seramai 580 bayi. Bilangan kes ini meningkat saban tahun di mana sebanyak 65 kes buang bayi dicatatkan pada tahun 2000 dan ia meningkat kepada 83 kes pada tahun 2006. Daripada jumlah itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin..
            Masalah pembuangan bayi ini adalah berpunca daripada perbuatan zina dan seks bebas di kalangan masyarakat..Jadi apakah penyelesaian yang terbaik dalam kes ini? Pada pendapat saya, kes-kes pembuangan bayi ini tidak akan berakhir selagi kita tidak kembali kepada hukum yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam..Lihat sahaja kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam menyelesaikan masalah ini..Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan tetapi masalah ini tetap tidak berkurang atau berakhir.
            Apakah penyelesaian yang dianjurkan dalam islam dalam membanteras kemelut ini? Islam menunjukkan kita dua cara yang boleh digunakan iaitu proses tarbiyah ( didikan ) dan juga hukuman. Proses didikan ini hendaklah bermula dari institusi kekeluargaan itu sendiri. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak berlandaskan hukum syarak. Anak-anak perlu dididik dengan didikan Islam sejak mereka kecil lagi..Ibu bapa juga perlu mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala sosial. Sesungguhnya peranan ibu bapa adalah permulaan dalam menyelesaikan masalah ini..
              Sistem pendidikan di negara ini juga perlu diubah bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan ajaran islam. Nilai-nilai dan ilmu Islam perlulah diterapkan sejak di bangku sekolah lagi..Sebagai contoh, kerajaan boleh mewajibkan semua pelajar beragama Islam di negara ini untuk memasuki sekolah agama pada sebelah petang selepas sesi kebangsaan pada sebelah pagi..Peranan media juga penting dalam menyampaikan nilai-nilai Islam kepada masyarakat.
               Dari segi hukuman pula, hukuman hendaklah diberikan kepada penzina kerana kes pembuangan bayi tidak akan berlaku jika tiada penzinaan..Menurut agama Islam, hukuman bagi penzina adalah 100 kali sebatan bagi penzina yang belum berkahwin dan hukuman rejam sehingga mati bagi penzina yang telah berkahwin. Dan hukuman ini hendaklah dijalankan  dikhalayak ramai  bagi  memberi pengajaran kepada manusia. Itulah sebenar-benar hukuman menurut Islam bagi kesalahan zina. 
              Adakah hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam ini suatu hukuman yang kejam kepada manusia? Tentu sekali tidak..Hukuman ini adalah bertujuan memberi keinsafan kepada pelaku zina dan memberi pengajaran kepada masyarakat..Kekejaman sebenar adalah bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata seperti sampah..Manusia yang dicipta sebagai sebaik-baik makhluk, yang diberi akal oleh Allah sanggup membuang anak merata-rata..Sedangkan binatang yang tidak berakal pandai menjaga dan mengasihi anak sendiri..
              Adakah hukuman ini sesuai diamalkan bagi negara seperti Malaysia? Sangat sesuai kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara Islam. Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, namun hukuman tersebut tidak sedikit pun mengganggu penganut agam lain untuk mengamalkan agama mereka..Lihat saja contoh kepimpinan pada zaman Rasulullah S.A.W..Baginda menjalankan pemerintahan Islam di Madinah dan terdapat penganut agama selain Islam di dalam pemerintahannya..Dan ternyata, pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah merupakan pemerintahan yang paling berjaya di muka bumi..Kerana pemerintahan yang dibawa oleh bagindalah, agama Islam kekal hingga ke hari ini dan sehingga kiamat..



             Benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam itu kebanyakannya dari jin dan manusia, iaitu mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu diibaratkan sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".
~ Surah Al-A'raf, ayat 179..
            Persoalannya, adakah kita semua sanggup melakukan perubahan demi membanteras masalah pembuangan bayi di negara ini?