Friday, December 10, 2010

takkan berakhir selagi....



           Saban hari kita mendengar, melihat kes-kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar, televisyen dan sebagainya..Kes-kes tersebut semakin hari semakin meningkat dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya..Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak dalam membendung gejala ini, namun ia tidak juga berkurangan malah semakin meningkat. Hal ini sangat membimbangkan kita kerana masalah sosial dikalangan remaja di negara ini semakin menjadi-jadi..
            Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati jumlah kes pembuangan bayi  antara tahun 2000 hingga 2006 adalah seramai 580 bayi. Bilangan kes ini meningkat saban tahun di mana sebanyak 65 kes buang bayi dicatatkan pada tahun 2000 dan ia meningkat kepada 83 kes pada tahun 2006. Daripada jumlah itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin..
            Masalah pembuangan bayi ini adalah berpunca daripada perbuatan zina dan seks bebas di kalangan masyarakat..Jadi apakah penyelesaian yang terbaik dalam kes ini? Pada pendapat saya, kes-kes pembuangan bayi ini tidak akan berakhir selagi kita tidak kembali kepada hukum yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam..Lihat sahaja kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam menyelesaikan masalah ini..Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan tetapi masalah ini tetap tidak berkurang atau berakhir.
            Apakah penyelesaian yang dianjurkan dalam islam dalam membanteras kemelut ini? Islam menunjukkan kita dua cara yang boleh digunakan iaitu proses tarbiyah ( didikan ) dan juga hukuman. Proses didikan ini hendaklah bermula dari institusi kekeluargaan itu sendiri. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak berlandaskan hukum syarak. Anak-anak perlu dididik dengan didikan Islam sejak mereka kecil lagi..Ibu bapa juga perlu mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala sosial. Sesungguhnya peranan ibu bapa adalah permulaan dalam menyelesaikan masalah ini..
              Sistem pendidikan di negara ini juga perlu diubah bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan ajaran islam. Nilai-nilai dan ilmu Islam perlulah diterapkan sejak di bangku sekolah lagi..Sebagai contoh, kerajaan boleh mewajibkan semua pelajar beragama Islam di negara ini untuk memasuki sekolah agama pada sebelah petang selepas sesi kebangsaan pada sebelah pagi..Peranan media juga penting dalam menyampaikan nilai-nilai Islam kepada masyarakat.
               Dari segi hukuman pula, hukuman hendaklah diberikan kepada penzina kerana kes pembuangan bayi tidak akan berlaku jika tiada penzinaan..Menurut agama Islam, hukuman bagi penzina adalah 100 kali sebatan bagi penzina yang belum berkahwin dan hukuman rejam sehingga mati bagi penzina yang telah berkahwin. Dan hukuman ini hendaklah dijalankan  dikhalayak ramai  bagi  memberi pengajaran kepada manusia. Itulah sebenar-benar hukuman menurut Islam bagi kesalahan zina. 
              Adakah hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam ini suatu hukuman yang kejam kepada manusia? Tentu sekali tidak..Hukuman ini adalah bertujuan memberi keinsafan kepada pelaku zina dan memberi pengajaran kepada masyarakat..Kekejaman sebenar adalah bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata seperti sampah..Manusia yang dicipta sebagai sebaik-baik makhluk, yang diberi akal oleh Allah sanggup membuang anak merata-rata..Sedangkan binatang yang tidak berakal pandai menjaga dan mengasihi anak sendiri..
              Adakah hukuman ini sesuai diamalkan bagi negara seperti Malaysia? Sangat sesuai kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara Islam. Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, namun hukuman tersebut tidak sedikit pun mengganggu penganut agam lain untuk mengamalkan agama mereka..Lihat saja contoh kepimpinan pada zaman Rasulullah S.A.W..Baginda menjalankan pemerintahan Islam di Madinah dan terdapat penganut agama selain Islam di dalam pemerintahannya..Dan ternyata, pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah merupakan pemerintahan yang paling berjaya di muka bumi..Kerana pemerintahan yang dibawa oleh bagindalah, agama Islam kekal hingga ke hari ini dan sehingga kiamat..



             Benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam itu kebanyakannya dari jin dan manusia, iaitu mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu diibaratkan sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".
~ Surah Al-A'raf, ayat 179..
            Persoalannya, adakah kita semua sanggup melakukan perubahan demi membanteras masalah pembuangan bayi di negara ini?


No comments:

Post a Comment