Pada 29 April yang lalu, seorang anak muridku telah pun khatam Al-quran buat pertama kali nya denganku..Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kejayaan ini. Sesungguhnya tiada yang paling indah bagi seorang pendidik melainkan kejayaan anak didiknya..Terasa satu kepuasan yang amat bila melihat anak murid yang diajar dapat memahami apa yang telah diajarkan dan mendapat kejayaan.
Muhammad Syazanee Syahme bin Hawari, dialah anak murid pertama yang khatam quran se jak aku mengajar bermula Mei 2009..Walaupun aku tidak mengajarnya dari permulaan dia membaca quran, tetapi peningkatan bacaannya sejak aku mengajar memberi satu kepuasan yang tak terhingga.
Alhamdulillah, dia dapat khatam quran tepat pada masanya seperti yang aku rancangkan.
Tetapi aku juga agak sedih kerana terpaksa meninggalkan pekerjaan ini pada akhir bulan Mei ini. Aku terpaksa berhenti mengajar kerana terikat dengan pengajianku..Aku akan menjalani latihan industri (practical) bermula akhir Mei ini selama tiga bulan. Terasa sangat berat untuk meninggalkan anak-anak murid yang aku sayang..Rindu untuk melihat gelak tawa dan telatah mereka di dalam kelas.
Aku berdoa agar mereka pandai membaca quran dan menjadi orang yang sentiasa mengamalkan Al-quran dalam kehidupan mereka. Semoga mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku diatas segala kekurangan dan kelemahan dalam mendidik mereka..Amin..
No comments:
Post a Comment