Tuesday, September 13, 2011

Alhamdulillah murah rezeki

Assalamualaikum,
             Hari ni lepas beli barang untuk buat tartlet, duit dalam wallet tinggal RM1..haha..pening kepala aku macam mana nak dapat duit dalam masa terdekat..Dah la nak kena bayar bill broadband, nak service motor, dengan minyak motor yang dah nak habis..memang sangat best...
            Petang tadi hujan agak lebat di Shah Alam dan aku terpaksa menaiki kereta mama untuk pergi mengajar..Kalau naik motor, memang tak dapatla nak isi minyak..Duit paling cepat boleh dapat adalah esok hasil jualan tartlet tu..Aku taknak keluarkan duit simpanan kat dalam bank..Kalau sekali dah keluar, asyik nak keluarkan jela..hehe..
            Dengan tak disangka-sangka, lepas aku habis mengajar tadi, ada sorang hamba Allah bagi aku satu sampul yang berisi duit raya..Alhamdulillah, murah rezeki malam ni..sampai je di rumah, baru aku lihat isinya..terkejut betul aku bila tengok isinya ada RM200..
3 hari sebelum kejadian tadi, aku dihadiahkan kain pelekat dari bapa seorang muridku..Aku memang sangat tak sangka dengan rezeki dari Allah ni dan membuatkan aku terfikir kenapa boleh dapat semuanya dalam masa beberapa hari saja...Rupanya ada 1 rahsia yang menyebabkan murahnya rezeki aku..
            Sejak seminggu lepas, aku telah membaca surah Al-waqi'ah dan aku amalkan pada setiap malam..Mungkin dengan sebab aku beramal dengan surah ini rezeki aku murah..Sebenarnya terdapat banyak fadhilat (kelebihan) bagi sesiapa yang beramal dengan surah Al-waqi'ah dan aku telah lama tahu akan fadhilat surah ni cuma aku je yang malas untuk beramal dengannya..hehe

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

              Sama-samalah kita mengamalkan surah Al-waqiah ini pada setiap malam..Semoga kita dilimpahkan Allah S.W.T dengan rezeki yang halal lagi baik..Sebenarnya banyak lagi amalan-amalan untuk murah rezeki ni..Tapi apa yang lebih baik, kita amalkan sesuatu yang sedikit tetapi secara istiqamah daripada beramal dengan banyak amalan tetapi berhenti setengah jalan..  

# Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.