Assalamuaikum w.t.b.
"Berilah mereka sedikit wang untuk makan". Tajuk yang sangat menarik perhatian saya untuk ruangan kali ni..Isu kali ni adalah berkaitan isu sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap orang lain demi kepentingan tertentu. Isu ini sering terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. Salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah isu yang melibatkan anak-anak yatim yang dipergunakan untuk menjual barang-barang di stesen-stesen minyak atau tempat-tempat awam yang lain. Mereka selalunya dihantar oleh guru-guru mereka untuk menjual kalendar, vcd, atau cenderamata yang lain. Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi di mana kita didekati oleh kanak-kanak ini yang terpaksa menjual barang-barang tersebut..
Ada sesetengah dari kanak-kanak itu yang dipaksa untuk menjual barang-barang tersebut tanpa kerelaan hati. Jika membantah, mereka akan dikenakan hukuman oleh guru tersebut. Tetapi apabila ditanya kepada mereka siapakah yang menyuruh mereka untuk menjual, pasti jawapan yang diterima ialah mereka melakukannya atas kerelaan hati dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Ada sesetengah kes, mereka ditetapkan untuk mencapai jumlah jualan tertentu pada setiap hari. Jika jualan mereka kurang dari jumlah yang ditetapkan, mereka akan dimarahi, didenda, dan dipukul..
Cuba kita bayangkan orang-orang yang kita sayang diperlakukan sedemikian. Anak atau adik kita dipaksa untuk menjual barang-barang tersebut sepanjang hari, berjemur pada panas terik matahari, dan dalam keadaan berdiri sepanjang hari..Tidakkah kita berasa sedih jika orang-orang yang kita sayang diperlakukan begitu? Maka sama jugalah nasib anak-anak yatim itu yang tidak mempunyai sesiapa untuk mereka mengadu nasib dan bermanja.
Persoalan yang sering bermain di fikiran saya ketika didekati oleh anak-anak yatim ini ialah adakah mereka telah makan? Adakah mereka mempunyai duit untuk membeli makanan? Jika mereka mempunyai duit, duit siapakah yang digunakan untuk membeli makanan? Jika duit mereka sendiri yang digunakan, memang sangat zalim..Sudahlah dipaksa menjual sepanjang hari, makan pun terpaksa menggunakan duit sendiri..Bagi saya, jika kita tidak mahu memberi sedekah atau membeli barang-barang yang dijual mereka, sekurang-kurangnya kita memberi mereka sedikit duit untuk makan atau kita membeli terus makanan untuk mereka makan..Ini kerana mereka terpaksa menunggu guru mereka datang semula ke tempat mereka ditempatkan dan barulah mereka diberi makan..Kadang-kadang mereka terpaksa menunggu sehingga lewat malam. Ingatlah, sesungguhnya ganjaran dari berbuat baik terhadap anak-anak yatim amatlah besar disisi Allah s.w.t..
No comments:
Post a Comment