Assalamualaikum W.T.B,
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk menulis semula setelah lama menyepi..Syukur juga kepada Allah Taala yang masih memberi kita nafas setiap detik tanpa meminta sedikit bayaran sekalipun..Tetapi kita selaku hambaNya sering lupa & tidak bersyukur di atas setiap nikmat yang dikurniakan..
Kesempatan kali ini saya akan menulis tentang sesuatu yang tidak dipandang serius atau terlepas pandang dari pandangan umat Islam khususnya di Malaysia & amnya umat Islam seluruh dunia. Kita semua sedia maklum bahawa pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi..Maka pada saat ini masyarakat Islam kita sibuk dengan persediaan ke arah pilihan raya, sibuk dengan parti atau pemimpin-pimimpin yang disokong, terlalu sibuk mencari kesalahan-kesalahan pihak lawan sehingga kita lupa untuk memikirkan keruntuhan moral di kalangan remaja Islam, sehingga kita lupa untuk mendidik remaja kita kembali kepada kehidupan yang berteraskan keimanan yang kukuh..Akibat dari taksub kepada parti-parti yang kita sokong juga telah menyebabkan terjadinya perpecahan bagi umat Islam kepada beberapa kelompok yang sanggup bermusuhan, bermaki-makian demi mempertahankan ideologi politik masing2..padahal yang kita tentang itu sebenarnya masih merupakan saudara seagama kita, masih melakukan solat seperti kita, walaupun mungkin ada sesetengahnya tidak menjalankan syariat Islam..
Di saat kita sibuk untuk memperjuangkan parti masing2, pernahkah kita terfikir apa yang sedang dilakukan oleh mubaligh2 kristian & yahudi di negara ini untuk menarik remaja2 kita yang telahpun lalai dengan nikmat dunia ke dalam agama mereka??? Mereka (mubaligh2 kristian & yahudi) tidak sedikit pun memperdulikan kita yang terpekik terlolong memperjuangkan parti masing2 sebaliknya mereka makin rancak merancang & melaksanakan misi mereka untuk memurtadkan umat Islam disaat umat Islam terleka dengan sistem politik yang telah dicemarkan oleh tangan2 pemimpin mereka sendiri.
Ini belum lagi termasuk perpecahan2 lain di kalangan umat Islam seperti perpecahan mazhab, perpecahan fikrah, perpecahan ideologi2, semangat asobiyah dan sebagainya..Masing2 sibuk nak mempertahankan ideologi, pendapat, fikrah masing2 hingga terlupa perkara2 asas yang patut ditekankan kepada umat Islam terutamanya remaja Islam yang suatu hari nanti diharap akan menjadi pemimpin. Berapa ramai remaja kita pada hari ini yang dapat membaca quran dengan betul & lancar?? Berapa ramai yang tahu perkara2 asas fardhu ain, berapa ramai ibu bapa yang memberi didikan yang cukup terutamanya perkara2 berkaitan solat, hukum2 feqah berkaitan solat & ibadah2 lain kepada anak mereka?? Dan berapa ramai pula ibu bapa yang sudah tidak mengaji quran & sudah tidak tahu untuk membaca quran tetapi asyik sibuk dengan perkara2 lain??
Selain dari faktor2 dalaman di atas yang menyebabkan perpecahan umat Islam, terdapat pula faktor2 luaran yang menyebabkan umat Islam menjadi lemah..Faktor2 luaran pula ialah usaha2 yang dilakukan musuh2 Islam untuk menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam itu sendiri..Mereka melalaikan kita dengan hiburan2, sukan, dan lain2 lagi..
Sepatutnya persoalan2 ini dibincangkan oleh semua umat Islam sebagai tanggungjawab mereka kepada agama. Para pemimpin yang berlainan ideologi politik duduk berbincang berkaitan permasalahan umat Islam, guru2 menjalankan peranan mereka untuk mendidik, para alim ulama' memikirkan cara yang terbaik untuk membendung segala masalah ini, & ibu bapa memainkan peranan yang paling besar untuk mendidik anak2 mereka di rumah..Jika masalah dalaman umat Islam seperti ini dapat diselesaikan oleh umat Islam & semuanya bersatu untuk menyelesaikan masalah ini, nescaya umat Islam akan bersatu, membentuk masyarakat yang kuat dari segi ekonomi, sosio-ekonomi, pendidikan, budaya & sebagainya. Apabila umat Islam telah bersatu di bawah satu kalimah Laa Ilaha Illallah, maka dengan sendirinya musuh2 Islam akan gerun untuk berhadapan dengan umat Islam..
Sama-sama kita muhasabah diri kita, memikirkan apa yang boleh kita bantu untuk menyatupadukan umat Islam, apa sumbangan yang kita boleh beri untuk agama kita..Wallahu a'lam..