Wednesday, January 18, 2012

Apa yang kita terlepas pandang..

Assalamualaikum W.T.B,
          Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih diberi kesempatan untuk menulis semula setelah lama menyepi..Syukur juga kepada Allah Taala yang masih memberi kita nafas setiap detik tanpa meminta sedikit bayaran sekalipun..Tetapi kita selaku hambaNya sering lupa & tidak bersyukur di atas setiap nikmat yang dikurniakan..
          Kesempatan kali ini saya akan menulis tentang sesuatu yang tidak dipandang serius atau terlepas pandang dari pandangan umat Islam khususnya di Malaysia & amnya umat Islam seluruh dunia. Kita semua sedia maklum bahawa pilihan raya umum akan dijalankan tidak lama lagi..Maka pada saat ini masyarakat Islam kita sibuk dengan persediaan ke arah pilihan raya, sibuk dengan parti atau pemimpin-pimimpin yang disokong, terlalu sibuk mencari kesalahan-kesalahan pihak lawan sehingga kita lupa untuk memikirkan keruntuhan moral di kalangan remaja Islam, sehingga kita lupa untuk mendidik remaja kita kembali kepada kehidupan yang berteraskan keimanan yang kukuh..Akibat dari taksub kepada parti-parti yang kita sokong juga telah menyebabkan terjadinya perpecahan bagi umat Islam kepada beberapa kelompok yang sanggup bermusuhan, bermaki-makian demi mempertahankan ideologi politik masing2..padahal yang kita tentang itu sebenarnya masih merupakan saudara seagama kita, masih melakukan solat seperti kita, walaupun mungkin ada sesetengahnya tidak menjalankan syariat Islam..
              Di saat kita sibuk untuk memperjuangkan parti masing2, pernahkah kita terfikir apa yang sedang dilakukan oleh mubaligh2 kristian & yahudi di negara ini untuk menarik remaja2 kita yang telahpun lalai dengan nikmat dunia ke dalam agama mereka??? Mereka (mubaligh2 kristian & yahudi) tidak sedikit pun memperdulikan kita yang terpekik terlolong memperjuangkan parti masing2 sebaliknya mereka makin rancak merancang & melaksanakan misi mereka untuk memurtadkan umat Islam disaat umat Islam terleka dengan sistem politik yang telah dicemarkan oleh tangan2 pemimpin mereka sendiri.
             Ini belum lagi termasuk perpecahan2 lain di kalangan umat Islam seperti perpecahan mazhab, perpecahan fikrah, perpecahan ideologi2, semangat asobiyah dan sebagainya..Masing2 sibuk nak mempertahankan ideologi, pendapat, fikrah masing2 hingga terlupa perkara2 asas yang patut ditekankan kepada umat Islam terutamanya remaja Islam yang suatu hari nanti diharap akan menjadi pemimpin. Berapa ramai remaja kita pada hari ini yang dapat membaca quran dengan betul & lancar?? Berapa ramai yang tahu perkara2 asas fardhu ain, berapa ramai ibu bapa yang memberi didikan yang cukup terutamanya perkara2 berkaitan solat, hukum2 feqah berkaitan solat & ibadah2 lain kepada anak mereka?? Dan berapa ramai pula ibu bapa yang sudah tidak mengaji quran & sudah tidak tahu untuk membaca quran tetapi asyik sibuk dengan perkara2 lain??
           Selain dari faktor2 dalaman di atas yang menyebabkan perpecahan umat Islam, terdapat pula faktor2 luaran yang menyebabkan umat Islam menjadi lemah..Faktor2 luaran pula ialah usaha2 yang dilakukan musuh2 Islam untuk menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam itu sendiri..Mereka melalaikan kita dengan hiburan2, sukan, dan lain2 lagi..
           Sepatutnya persoalan2 ini dibincangkan oleh semua umat Islam sebagai tanggungjawab mereka kepada agama. Para pemimpin yang berlainan ideologi politik duduk berbincang berkaitan permasalahan umat Islam, guru2 menjalankan peranan mereka untuk mendidik, para alim ulama' memikirkan cara yang terbaik untuk membendung segala masalah ini, & ibu bapa memainkan peranan yang paling besar untuk mendidik anak2 mereka di rumah..Jika masalah dalaman umat Islam seperti ini dapat diselesaikan oleh umat Islam & semuanya bersatu untuk menyelesaikan masalah ini, nescaya umat Islam akan bersatu, membentuk masyarakat yang kuat dari segi ekonomi, sosio-ekonomi, pendidikan, budaya & sebagainya. Apabila umat Islam telah bersatu di bawah satu kalimah Laa Ilaha Illallah, maka dengan sendirinya musuh2 Islam akan gerun untuk berhadapan dengan umat Islam..
            Sama-sama kita muhasabah diri kita, memikirkan apa yang boleh kita bantu untuk menyatupadukan umat Islam, apa sumbangan yang kita boleh beri untuk agama kita..Wallahu a'lam..

Wednesday, October 5, 2011

new routine

Bermula 10 October 2011, ni rutin harian aku..
5.00 am - bangun pagi, gosok gigi..hehe
6.00 am - keluar rumah gi kerja 
7.00 am - start kerja (syif pagi)
3.00 pm - habis kerja (kalau rajin n nak belajar banyak, stay sampai kul 5)..rajin ke??
4.00 pm - sampai rumah..rehat jap, buat apa2 yang patut
7.30 pm - keluar rumah gi mengajar
8.00 pm - start mengajar (kerja paling enjoy dlm hidup)
9.00 pm - habis mengajar
9.30 pm - mengajar lagi dekat rumah makcik 
10.45 pm - sampai rumah, mata dah stim..hehe
12.00 pm - tidur (kalau boleh tidur la, kena pulak malam tu insomnia, mendapat la nak bangun pagi) 
Semoga Allah memudahkan segala urusan harianku & diberi kesihatan tubuh badan..ameen..

Tuesday, September 13, 2011

Alhamdulillah murah rezeki

Assalamualaikum,
             Hari ni lepas beli barang untuk buat tartlet, duit dalam wallet tinggal RM1..haha..pening kepala aku macam mana nak dapat duit dalam masa terdekat..Dah la nak kena bayar bill broadband, nak service motor, dengan minyak motor yang dah nak habis..memang sangat best...
            Petang tadi hujan agak lebat di Shah Alam dan aku terpaksa menaiki kereta mama untuk pergi mengajar..Kalau naik motor, memang tak dapatla nak isi minyak..Duit paling cepat boleh dapat adalah esok hasil jualan tartlet tu..Aku taknak keluarkan duit simpanan kat dalam bank..Kalau sekali dah keluar, asyik nak keluarkan jela..hehe..
            Dengan tak disangka-sangka, lepas aku habis mengajar tadi, ada sorang hamba Allah bagi aku satu sampul yang berisi duit raya..Alhamdulillah, murah rezeki malam ni..sampai je di rumah, baru aku lihat isinya..terkejut betul aku bila tengok isinya ada RM200..
3 hari sebelum kejadian tadi, aku dihadiahkan kain pelekat dari bapa seorang muridku..Aku memang sangat tak sangka dengan rezeki dari Allah ni dan membuatkan aku terfikir kenapa boleh dapat semuanya dalam masa beberapa hari saja...Rupanya ada 1 rahsia yang menyebabkan murahnya rezeki aku..
            Sejak seminggu lepas, aku telah membaca surah Al-waqi'ah dan aku amalkan pada setiap malam..Mungkin dengan sebab aku beramal dengan surah ini rezeki aku murah..Sebenarnya terdapat banyak fadhilat (kelebihan) bagi sesiapa yang beramal dengan surah Al-waqi'ah dan aku telah lama tahu akan fadhilat surah ni cuma aku je yang malas untuk beramal dengannya..hehe

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w: 
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

              Sama-samalah kita mengamalkan surah Al-waqiah ini pada setiap malam..Semoga kita dilimpahkan Allah S.W.T dengan rezeki yang halal lagi baik..Sebenarnya banyak lagi amalan-amalan untuk murah rezeki ni..Tapi apa yang lebih baik, kita amalkan sesuatu yang sedikit tetapi secara istiqamah daripada beramal dengan banyak amalan tetapi berhenti setengah jalan..  

# Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..=)

Assalamualaikum w.t.b,
Rasa lama sangat tak menulis dalam blog ni..maklumlah busy sangat2 3 bulan yang terakhir ni..InsyaAllah lepas ni akan aktif semula dengan lebih banyak isu2 menarik, fakta2 sejarah dunia, dan pelbagai lagi entry yang berbentuk ilmiah..insyaAllah..
Di kesempatan ini, saya Muhammad Hanif bin Zailani ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengenali diri ini, terutamanya sahabat2 lama di SRIH 96-97, SRIQA 98-01, MTDN 02-04, KIBLAH 05-06, sahabat2 di Azadville, South Africa 08, dan juga Unitar 09-11..Tak lupa juga kepada si dia yang berada di Pahang..hehe
Semoga kita dapat kekalkan momentum di dalam bulan Ramadhan ni ke dalam bulan2 yang seterusnya..Amin..
MAAF ZAHIR & BATIN..=)

Friday, June 10, 2011

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat
    - Semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah S.W.T.

2) Mayat yang mukanya berwajah khinzir
    - Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat 
      lima waktu & lalai dalam solatnya.   

3) Mayat yang kepalanya menjadi batu yang hitam legam
    - Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapanya.

4) Mayat yang perutnya buncit & meletup
    - Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5) Mayat yang kukunya mencengkam & meliliti seluruh tubuhnya
    - Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang & mengumpat orang.

6) Mayat yang keluar mata air dari kuburnya & air itu baunya lebih busuk dari bangkai
    - Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7) Mayat yang wajahnya tersenyum
    - Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu & beramal soleh.
       

Tuesday, May 31, 2011

Jalan kehidupanku..

Selasa
31 Mei 2011
21:15

Hari ni hari ke-9 aku praktikal di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & dah 2 hari aku batuk2, selsema, & pening kepala..Maybe sebab penat sangat kot..Hari ni dah masuk minggu kedua aku berhenti mengajar..Rasa lain je..Rindu anak2 murid..hurm..
Ramai orang bertanya, apakah plan aku lepas habis praktikal ni..Jawapanku ialah aku tak akan sambung lagi dalam bidang masakan kerana aku tiada minat dalam masakan..minat makan ada la..hehe..Walaupun aku dah cuba untuk minat sejak dari kolej lg, tapi nampaknya minat tu tetap tiada..Tapi dalam banyak2 jenis masakan, aku tertarik & berminat dalam pastri..Walaupun minat dalam pastry & cake, aku tetap tak akan sambung dalam hotel..
Aku lebih rela kerja ofis & belah malam aku mengajar balik..Buat pastry tu hanya side income untuk aku je..Aku juga lebih rela cari ilmu tentang pastry luar dari hotel sebab kerja dalam hotel ni takda life..Ketika orang lain luangkan masa bersama family di hujung minggu, aku terpaksa kerja..Kerja dalam hotel tu merupakan "hidup untuk kerja"..Aku lebih suka "kerja untuk hidup" iaitu aku bekerja untuk meneruskan kehidupan, yang mana aku ada masa untuk family, kerja, hobi, dan yang paling penting urusan agamaku..
Baru 2 minggu tinggalkan kerja sebagai pengajar, tapi hati ni dah terlalu rindu kepada murid2..Aku rasa bersemangat setiap kali dapat mengajar murid2 & aku sangat teruja untuk mengajar..InsyaAllah aku akan kembali mengajar lepas habis praktikal..Sebelah siang pulak, aku akan cari kerja lain selain dari memasak..Harap2 dapatla kerja ofis..
Biarlah apa orang nak kata, biarlah orang terus bertanya kenapa aku tak sambung dalam bidang masakan setelah belajar dalam bidang tersebut selama 2 tahun setengah..Yang penting, aku tahu apa yang aku inginkan dalam hidupku, aku tahu apa matlamat hidupku, dan yang paling penting, aku dapat kepuasan dalam setiap kerja yang aku buat..;p

Saturday, May 21, 2011

Last day with them..;-(

Hari ni: Sabtu, 21 Mei 2011
Mood: Sedih gile..
Malam semalam hari terakhir aku ngajar mengaji kat Subang Bestari..
Sedih je rasa sebab tinggalkan rutin harian & anak2 murid..
Duk kat rumah ni rasa JIWA KACAU la pulak..hehe
Aku tak tau mcmana nak hadapi benda ni..

Amir Haiqal

Dah 2 tahun mengajar, tiba2 berhenti mmg semua rasa ada:
sedih, pilu, sayu, semua la..
Lepas ni dah tak dapat tgk murid2 setiap hari,
tak dapat dengar suara dorang mengaji,
tak dapat nak tengok telatah dorang,
n paling sedih, dah tak dapat nak mengajar dorang..

Syazanee Syahme

 Kalau terus JK macamni, boleh terjejas prestasi time practical nanti..
Harap aku kuat nak harungi perpisahan ni..
InsyaAllah 1 hari nanti, aku akan kembali mengajar..
Menjadi pendidik/pengajar sesuai dengan jiwaku..;p

Sarah Sherleena

Aliya Zulaikha

Ayishah Amira
Danial Ariq
Shafiqa Izani

# 2 murid tiada dalam gambar sebab tak hadir


Tuesday, May 10, 2011

World conspiration..

Assalamualaikum W.T.B,
              Mungkin ada diantara kita yang telah mengetahui atau mengkaji apakah sebenarnya "world conspiration" atau konspirasi dunia. Disini saya kongsikan sedikit pengetahuan tentang konspirasi dunia agar kita semua dapat berfikir dan dapat membuka minda kita semua..
              Sebenarnya konspirasi dunia ini telah lama dirancang oleh golongan intelektual yahudi bermula sejak kurun ke-17 lagi. Gerakan yang memperkenalkan teori konspirasi dunia ini dikenali sebagai "Freemason"..Tujuan Freemason adalah ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, kemudian akan melebar-luaskan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan terus menuju ke Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas dalam bidang pendidikan, politik, budaya, dan juga sosial.
             Bagi merealisasikan matlamat mereka ini, maka pelbagai taktik dan strategi telah dirancang dengan halus dan teliti. Bermula dengan gerakan Freemason inilah, maka timbul pertubuhan-pertubuhan yang berbentuk kebajikan serta keamanan di seluruh dunia bagi mengaburi mata masyarakat terhadap pergerakan dunia. Antaranya ialah Kelab Rotary, Illuminati, dan Kelab Lions. Gerakan ini telah menyusup masuk ke seluruh fahaman, agama dan bangsa tanpa perlu menukar identiti mereka asalkan mereka taat setia kepada pergerakan ini. 
             Mereka mempengaruhi dunia ini dengan "penguasaan minda" dan juga menjadi batu api bagi memecah belahkan masyarakat dunia..Mereka menyampaikan dakyah mereka melalui hiburan, sukan, media, muzik, dan sebagainya..Apabila manusia terutamanya umat Islam telah leka dengan keseronokan dunia dan semakin jauh daripada nilai-nilai agama, maka dengan senangnya mereka menakluk minda umat Islam..
             Pada penghujung abad ke-18, kerajaan British dan Perancis merupakan dua kerajaan yang terkuat di dunia. maka golongan Yahudi ini telah menimbulkan fitnah di antara kedua-dua kerajaan tersebut dengan harapan tercetusnya "Colonial War" sekaligus melemahkan empayar British. Hasil dari itu maka akan tercetusnya revolusi besar bagi melemahkan empayar Perancis yang telah dirancang berlaku pada tahun 1789..
             Golongan yahudi ini juga telah merancang Perang Dunia Pertama & Kedua yang mengakibatkan berjuta-juta kematian manusia dan kemusnahan harta benda. Mereka melaga-lagakan kuasa-kuasa besar dunia supaya tercetusnya Perang Dunia. Selepas tamat Perang Dunia, masyarakat dunia telah merasa sengsara dan mahu berdamai, dan dari situ golongan2 Yahudi ini mengambil kesempatan untuk menubuhkan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kononnya untuk menjaga keamanan dunia. Padahal tujuan PBB ditubuhkan adalah untuk memudahkan proses mereka untuk menakluki dunia dan memberi perlindungan kepada Israel..
             Selepas PBB ditubuhkan, golongan2 Yahudi ini telah mendesak Amerika Syarikat untuk mengiktiraf negara Israel walaupun telah diketahui Israel itu adalah sebuah negara haram hasil daripada rampasan tanah oleh Yahudi terhadap penduduk Palestin..Perlu diketahui bahawa majoriti anggota-anggota yang bekerja di dalam PBB adalah merupakan golongan-golongan elit Yahudi.
              Sehingga kini, dua revolusi besar dunia telah berlaku dan menepati sasaran dengan apa yang mereka rancangkan. Hanya satu lagi revolusi besar (perang dunia ke-3) yang belum berlaku yang dijangka akan berlaku di antara negara Islam dan kuasa Barat.
               Terlalu banyak kejadian-kejadian dan sejarah dunia yang sebenarnya telah dirancang oleh mereka. Antaranya ialah peranan mereka (Freemason) dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah, krisis di Selatan Thailand, peperangan di Iraq, Afghanistan dan sebagainya..Ada kemungkinan Revolusi Negara Arab yang berlaku kini merupakan agenda mereka dalam memecah-belahkan negara Islam..
               Terdapat banyak protokol atau agenda mereka dalam usaha untuk merealisasikan impian utnuk menguasai dunia..Antaranya adalah teori Darwin, Sufisme, Facisme, Nazisme, Sosialisme Marxisme, Komunisme, Sosialisme, dan Kapitalisme..
               Begitulah liciknya perancangan dan agenda mereka untuk menhancurkan Islam dan agama2 lain sekaligus menguasai pemerintahan dunia..Walau begitu hebat sekalipun rancangan mereka, mereka tetap tidak akan mampu melawan kekuasaan Allah..
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan mereka membuat perancangan (tipu daya) dan Allah juga membuat perancangan, dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik membuat perancangan (tipu daya) terhadap mereka"..Wallu a'lam..


             
           
           
 

Monday, May 9, 2011

Kekejaman Yahudi 1

1) 31 Mac 1948 - Yahudi menyerang kampung Abu Kabir dan membunuh semua penduduk yang cuba melarikan diri.

2) 9 April 1948 - Manachem Begin (ketua kumpulan yahudi Argun & Hajnah) menyerang Dir Yasin & membunuh 250 orang Islam, 100 daripada mereka ialah kaum wanita.

3) 14 Mei 1948 - 50 orang Islam dibunuh di kampung Abu Syasyah. Sebahagian mereka ditembak dengan senjata api & sebahagian lagi dikapak kepala mereka.

4) 11 Julai 1948 - Sekumpulan komando yahudi menyerang kampung Al-lad dan membunuh 426 orang Islam. Seramai 176 orang Islam yang berlindung di dalam masjid turut dibunuh dengan kejam.

5) 29 Oktober 1948 - Semua penduduk 'Albiyyun dikumpulkan di sebuah padang dan ditembak dari segenap penjuru.

6) 31 Mei 1950 - Satu serangan dilakukan oleh tentera zionis di Wadi' Arabah dan mengakibatkan 30 rakyat Palestin terkorban.

7) 14 Oktober 1953 - Serangan berterusan selam 16 jam oleh tentera yahudi di Qabbiah yang mengakibatkan 62 orang terbunuh, sebuah masjid & berpuluh-puluh rumah dirobohkan.

8) 28 Oktober 1956 - Kumpulan pengganas yahudi yang dipimpin Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan di Kafru Qasim yang menyebabkan 57 orang terbunuh & 27 orang cedera.

9) 12 November 1956 - Seramai 275 orang terbunuh dan pada hari yang sama tentera yahudi membunuh 100 orang Islam di Rafah.

10) 13 November 1966 - tentera rejim zionis menyerang kampung As sumu' di selatan Hebron, menyebabkan 18 orang mati, 54 orang tercedera, dan 125 buah rumah telah dirobohkan.
 

Satisfaction

 Pada 29 April yang lalu, seorang anak muridku telah pun khatam Al-quran buat pertama kali nya denganku..Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kejayaan ini. Sesungguhnya tiada yang paling indah bagi seorang pendidik melainkan kejayaan anak didiknya..Terasa satu kepuasan yang amat bila melihat anak murid yang diajar dapat memahami apa yang telah diajarkan dan mendapat kejayaan.

Muhammad Syazanee Syahme bin Hawari, dialah anak murid pertama yang khatam quran se jak aku mengajar bermula Mei 2009..Walaupun aku tidak mengajarnya dari permulaan dia membaca quran, tetapi peningkatan bacaannya sejak aku mengajar memberi satu kepuasan yang tak terhingga. 
 Alhamdulillah, dia dapat khatam quran tepat pada masanya seperti yang aku rancangkan.

Tetapi aku juga agak sedih kerana terpaksa meninggalkan pekerjaan ini pada akhir bulan Mei ini. Aku terpaksa berhenti mengajar kerana terikat dengan pengajianku..Aku akan menjalani latihan industri (practical) bermula akhir Mei ini selama tiga bulan. Terasa sangat berat untuk meninggalkan anak-anak murid yang aku sayang..Rindu untuk melihat gelak tawa dan telatah mereka di dalam kelas.

Aku berdoa agar mereka pandai membaca quran dan menjadi orang yang sentiasa mengamalkan Al-quran dalam kehidupan mereka. Semoga mereka menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku diatas segala kekurangan dan kelemahan dalam mendidik mereka..Amin..

Friday, March 4, 2011

Bacalah..

Assalamualaikum,

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan"
 Surah Al-a'laq: ayat 1 




           Ayat diatas merupakan wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w. di gua hira' ketika baginda berumur 40 tahun..Jika difikirkan, mengapakah wahyu pertama yang diturunkan menekankan kepada pembacaan sedangkan Nabi Muhammad pada ketika itu tidak reti membaca dan menulis..
           Dalam konteks yang lebih luas, Islam menekankan kepentingan ilmu kepada penganut-penganutnya dan proses pencarian ilmu itu bermula dengan membaca dan menulis. Islam sendiri menyeru kepada manusia untuk mencari ilmu dan tamak akan ilmu. Dari ilmu, seseorang dapat menguasai ekonomi, politik, sejarah dan sebagainya.
            Oleh itu, marilah kita pupuk budaya membaca kerana bangsa yang banyak membaca adalah bangsa yang berjaya..Kita perlu membaca bukan sekadar bidang yang kita minat semata-mata tetapi semua bidang kerana dengan pembacaan, ia dapat mengubah cara kita berfikir, cara kita bertindak, dan cara kita bercakap.

Tuesday, February 8, 2011

berilah mereka sedikit wang untuk makan..

Assalamuaikum w.t.b.
               "Berilah mereka sedikit wang untuk makan". Tajuk yang sangat menarik perhatian saya untuk ruangan kali ni..Isu kali ni adalah berkaitan isu sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap orang lain demi kepentingan tertentu. Isu ini sering terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. Salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah isu yang melibatkan anak-anak yatim yang dipergunakan untuk menjual barang-barang di stesen-stesen minyak atau tempat-tempat awam yang lain. Mereka selalunya dihantar oleh guru-guru mereka untuk menjual kalendar, vcd, atau cenderamata yang lain. Pasti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi di mana kita didekati oleh kanak-kanak ini yang terpaksa menjual barang-barang tersebut..
               Ada sesetengah dari kanak-kanak itu yang dipaksa untuk menjual barang-barang tersebut tanpa kerelaan hati. Jika membantah, mereka akan dikenakan hukuman oleh guru tersebut. Tetapi apabila ditanya kepada mereka siapakah yang menyuruh mereka untuk menjual, pasti jawapan yang diterima ialah mereka melakukannya atas kerelaan hati dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Ada sesetengah kes, mereka ditetapkan untuk mencapai jumlah jualan tertentu pada setiap hari. Jika jualan mereka kurang dari jumlah yang ditetapkan, mereka akan dimarahi, didenda, dan dipukul..
               Cuba kita bayangkan orang-orang yang kita sayang diperlakukan sedemikian. Anak atau adik kita dipaksa untuk menjual barang-barang tersebut sepanjang hari, berjemur pada panas terik matahari, dan dalam keadaan berdiri sepanjang hari..Tidakkah kita berasa sedih jika orang-orang yang kita sayang diperlakukan begitu? Maka sama jugalah nasib anak-anak yatim itu yang tidak mempunyai sesiapa untuk mereka mengadu nasib dan bermanja.
              Persoalan yang sering bermain di fikiran saya ketika didekati oleh anak-anak yatim ini ialah adakah mereka telah makan? Adakah mereka mempunyai duit untuk membeli makanan? Jika mereka mempunyai duit, duit siapakah yang digunakan untuk membeli makanan? Jika duit mereka sendiri yang digunakan, memang sangat zalim..Sudahlah dipaksa menjual sepanjang hari, makan pun terpaksa menggunakan duit sendiri..Bagi saya, jika kita tidak mahu memberi sedekah atau membeli barang-barang yang dijual mereka, sekurang-kurangnya kita memberi mereka sedikit duit untuk makan atau kita membeli terus makanan untuk mereka makan..Ini kerana mereka terpaksa menunggu guru mereka datang semula ke tempat mereka ditempatkan dan barulah mereka diberi makan..Kadang-kadang mereka terpaksa menunggu sehingga lewat malam. Ingatlah, sesungguhnya ganjaran dari berbuat baik terhadap anak-anak yatim amatlah besar disisi Allah s.w.t..
 

Thursday, January 20, 2011

Kenapa masih ramai yang miskin??

Assalamualaikum w.t.b.
            Mengapa masih ramai rakyat Malaysia yang miskin? Persoalan tersebut sering kali bermain di fikiran saya..Saya menjadi hairan mengapa keadaan ini terus berlaku di negara kita walaupun Malaysia telah lama mencapai kemerdekaan & menjadi sebuah negara yang pesat membangun..
           Saya berpendapat ada beberapa faktor yang mennyumbang kepada masalah tersebut..Ini hanyalah pendapat peribadi saya semata-mata & tidak berpandukan kepada sesiapa..Pertamanya, masih ramai rakyat Malaysia yang miskin disebabkan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan tentang kemasukan pekerja asing di negara kita..Jika kita lihat di sekeliling kita, terdapat ramai pekerja asing yang mencari rezeki di sini..Pengambilan pekerja-pekerja asing pada satu sudut memberi kebaikan kepada pembangunan negara seperti dapat mengurangkan labor cost tetapi dari sudut yang lain, ia sebenarnya banyak memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia..Rakyat akan hilang peluang pekerjaan & akan meningkatkan jumlah pengangguran di kalangan rakyat..Jumlah pengangguran yang tinggi juga boleh menjadi penyebab kepada peningkatan kadar jenayah seperti merompak, mencuri, pecah rumah, & sebagainya..Pengambilan pekerja-pekerja asing juga akan menyebabkan aliran keluar wang dari negara ini kerana wang yang diperolehi oleh mereka akan dihantar ke negara masing-masing.. 
             Jika dilihat di negara-negara jiran kita seperti Thailand, hatta di negara-negara Eropah sekalipun, mereka lebih mengutamakan rakyat mereka sendiri berbanding mengimport pekerja asing walaupun hanya bekerja sebagai pengutip sampah atau buruh binaan..Bagi saya, negara kita tetap memerlukan tenaga asing tetapi bagi sektor-sektor tertentu sahaja seperti sektor pembinaan..Bagi sektor-sektor perkhidmatan & perindustrian, kerajaan & pemilik-pemilik syarikat perlu mengutamakan rakyat negara ini..
             Faktor kedua ialah sikap rakyat negara ini yang terlalu memilih pekerjaan..Kebanyakan dari kita terlalu memilih jenis pekerjaan, seperti suasana pekerjaan yang selesa, di dalam penghawa dingin..Hakikatnya berapa ramai rakyat kita yang sanggup melakukan kerja-kerja yang melibatkan fizikal seperti pembinaan, kerja-kerja di bawah sinaran matahari & kerja-kerja yang merbahaya. Sesetengah dari kita juga berasa malu untuk berniaga di tepi jalan demi menjaga standard..Mereka lebih rela menganggur sebelum mendapat pekerjaan yang selesa berbanding melakukan pekerjaan di tepi-tepi jalan atau kaki lima. Saya mengambil contoh seorang warga asing yang datang ke negara ini dalam keadaan sehelai sepinggang..Tidak mempunyai apa-apa tetapi sanggup melakukan apa saja kerja demi menyara kehidupan keluarga di negara masing-masing..Dari keadaan sehelai sepinggang, mereka melakukan apa saja kerja yang dapat meningkatkan ekonomi mereka. Fikir bagaimana seorang warga asing yang pada mulanya hanya menjual air & kuih muih di tepi jalan tetapi kini boleh menjadi kaya raya di negara kita..Situasi ini benar-benar terjadi di Malaysia. Tetapi rakyat kita masih lagi di takuk lama..Semua itu dilakukan dengan usaha yang gigih & tidak mengenal erti jemu.. 
            Faktor ketiga mungkin disebabkan masih ramai umat Islam di negara ini tidak membayar zakat.. Jika semua umat Islam yang berkemampuan membayar zakat, nescaya tiada lagi rakyat miskin di negara ini terutamanya umat Islam..Ini kerana sebahagian harta yang diperolehi oleh kita merupakan hak bagi fakir miskin..Begitulah Islam menerapkan nilai-nilai murni bagi penganutnya..Islam menerapkan nilai bantu membantu di kalangan umat Islam melalui ibadah zakat.  
            Secara konklusinya, hendaklah kita sama-sama berusaha untuk membasmi kemiskinan di negara kita dengan berusaha lebih gigih tanpa mengira jenis pekerjaan selagi pekerjaan itu baik & halal..Pedulikan segala cakap-cakap orang tentang pekerjaan yang kita lakukan kerana kita tahu apa yang kita lakukan..Berusahalah sekuat mungkin di negara kita sendiri kerana Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi mereka yang pandai mengambil peluang di depan mata..





 

Tuesday, January 11, 2011

2011: permulaan yang busy

Assalamualaikum w.t.b..
           Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua followers & pembaca blog ni..Bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana masih memberikan kita peluang untuk terus hidup di atas muka bumi ni..Semoga apa yang diazamkan untuk tahun ini dapat dicapai dengan jayanya..InsyaAllah..
           Minggu ni bermulalah semester baru bagi student2 Unitar & ni merupakan semester akhir saya sebelum practical..Rasa macam baru je masuk Unitar,sekarang dh nak habis..terlalu cepat masa berlalu..Nasib baik tinggal 4 subjek je untuk sem ni t'masuk final project..
           Tapi tiba2 rasa macam banyak komitmen untuk semester ni..Bermula dengan cooking competition pada 14-16 jan ni, lepas dari tu baru boleh focus untuk kelas & final project..Sebelah malam pulak kena mengajar budak2 mengaji quran di Subang Bestari dan tadi ketika mengajar, ada seorang bapa kepada murid mengaji minta tolong ajarkan anaknya tulisan jawi pada setiap hujung minggu, sabtu malam & ahad malam..Oh,sangat pening!!
           Pertengahan bulan 2 nanti, insyaAllah akan mengambil kelas untuk baking certificate dari Malaysian Institute of Baking selama 2 bulan, setiap sabtu & ahad..Memang dah xde cuti langsung dah ni..hehe..Harap saya dapat mengharungi semua ni dengan lancar & dapat memberikan komitmen terbaik dalam setiap kerja yang diamanahkan..InsyaAllah..Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku & berilah kesihatan kepadaku agar dpt aku laksanakan amanah & tanggungjawab ini dengan baik..Amin..
          
 

Thursday, December 16, 2010

I'm 21..

            
                  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah memberi nyawa & kesihatan kepadaku..16 Dec 2010 genap umurku 21 thn..dah makin tua rupanya..hehe..Disini saya nak mengucapkan bebanyak terima kasih kepada keluarga & sahabat2 yang wish utk birthday saya..terharu rasanya..So, apa azam saya untuk 21 tahun ni merangkap azam tahun baru hijrah & masihi..Firstly, saya berazam utk maintain result saya dlm DL utk final sem nanti..Azam kedua ialah membeli sebuah kereta sebelum akhir tahun depan..Semoga saya berjaya untuk mencapai cita2 & azam saya kali ni..Amin..

Friday, December 10, 2010

takkan berakhir selagi....



           Saban hari kita mendengar, melihat kes-kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar, televisyen dan sebagainya..Kes-kes tersebut semakin hari semakin meningkat dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya..Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak dalam membendung gejala ini, namun ia tidak juga berkurangan malah semakin meningkat. Hal ini sangat membimbangkan kita kerana masalah sosial dikalangan remaja di negara ini semakin menjadi-jadi..
            Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati jumlah kes pembuangan bayi  antara tahun 2000 hingga 2006 adalah seramai 580 bayi. Bilangan kes ini meningkat saban tahun di mana sebanyak 65 kes buang bayi dicatatkan pada tahun 2000 dan ia meningkat kepada 83 kes pada tahun 2006. Daripada jumlah itu, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin..
            Masalah pembuangan bayi ini adalah berpunca daripada perbuatan zina dan seks bebas di kalangan masyarakat..Jadi apakah penyelesaian yang terbaik dalam kes ini? Pada pendapat saya, kes-kes pembuangan bayi ini tidak akan berakhir selagi kita tidak kembali kepada hukum yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam..Lihat sahaja kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam menyelesaikan masalah ini..Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan tetapi masalah ini tetap tidak berkurang atau berakhir.
            Apakah penyelesaian yang dianjurkan dalam islam dalam membanteras kemelut ini? Islam menunjukkan kita dua cara yang boleh digunakan iaitu proses tarbiyah ( didikan ) dan juga hukuman. Proses didikan ini hendaklah bermula dari institusi kekeluargaan itu sendiri. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak berlandaskan hukum syarak. Anak-anak perlu dididik dengan didikan Islam sejak mereka kecil lagi..Ibu bapa juga perlu mengawasi pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan gejala sosial. Sesungguhnya peranan ibu bapa adalah permulaan dalam menyelesaikan masalah ini..
              Sistem pendidikan di negara ini juga perlu diubah bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan ajaran islam. Nilai-nilai dan ilmu Islam perlulah diterapkan sejak di bangku sekolah lagi..Sebagai contoh, kerajaan boleh mewajibkan semua pelajar beragama Islam di negara ini untuk memasuki sekolah agama pada sebelah petang selepas sesi kebangsaan pada sebelah pagi..Peranan media juga penting dalam menyampaikan nilai-nilai Islam kepada masyarakat.
               Dari segi hukuman pula, hukuman hendaklah diberikan kepada penzina kerana kes pembuangan bayi tidak akan berlaku jika tiada penzinaan..Menurut agama Islam, hukuman bagi penzina adalah 100 kali sebatan bagi penzina yang belum berkahwin dan hukuman rejam sehingga mati bagi penzina yang telah berkahwin. Dan hukuman ini hendaklah dijalankan  dikhalayak ramai  bagi  memberi pengajaran kepada manusia. Itulah sebenar-benar hukuman menurut Islam bagi kesalahan zina. 
              Adakah hukuman yang telah ditetapkan oleh Islam ini suatu hukuman yang kejam kepada manusia? Tentu sekali tidak..Hukuman ini adalah bertujuan memberi keinsafan kepada pelaku zina dan memberi pengajaran kepada masyarakat..Kekejaman sebenar adalah bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata seperti sampah..Manusia yang dicipta sebagai sebaik-baik makhluk, yang diberi akal oleh Allah sanggup membuang anak merata-rata..Sedangkan binatang yang tidak berakal pandai menjaga dan mengasihi anak sendiri..
              Adakah hukuman ini sesuai diamalkan bagi negara seperti Malaysia? Sangat sesuai kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara Islam. Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, namun hukuman tersebut tidak sedikit pun mengganggu penganut agam lain untuk mengamalkan agama mereka..Lihat saja contoh kepimpinan pada zaman Rasulullah S.A.W..Baginda menjalankan pemerintahan Islam di Madinah dan terdapat penganut agama selain Islam di dalam pemerintahannya..Dan ternyata, pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah merupakan pemerintahan yang paling berjaya di muka bumi..Kerana pemerintahan yang dibawa oleh bagindalah, agama Islam kekal hingga ke hari ini dan sehingga kiamat..



             Benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam itu kebanyakannya dari jin dan manusia, iaitu mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu diibaratkan sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".
~ Surah Al-A'raf, ayat 179..
            Persoalannya, adakah kita semua sanggup melakukan perubahan demi membanteras masalah pembuangan bayi di negara ini?


Sunday, November 28, 2010

final exam weeks..



Esok bermulanya exam week bagi student Unirazak..Kebiasaannya final exam akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu..First paper saya akan bermula pada 2hb Disember ni dan paper terakhir pada 9hb Disember..Paper pertama ialah Hospitality management accounting, diikuti Legal aspects pada 3hb, Marketing 4hb, Purchasing & Cost control pada 6hb, dan yang terakhir paper Foodservice system management..
Alhamdulillah, sem ni telah sampai ke penghujungnya..Bagi saya, sem ni adalah sem yang paling susah kerana boleh dikatakan semua subjek susah ditambah beberapa ujian dan dugaan yang berlaku kepada saya dalam sem ni..Sampai satu ketika,saya cukup tak bersemangat untuk focus kepada study & kerja2 lain disebabkan masalah yang datang..Tetapi demi masa depan dan sokongan dari kawan2, saya berjaya harunginya hingga ke penghujung..Terima kasih saya ucapkan kepada kawan2 yang banyak memberi semangat ketika saya benar2 memerlukannya..
Semoga kita dapat buat yang terbaik dalam final exam kali ni & dapat naikkan pointer masing2..Tapi apa yang lebih penting adalah study untuk ilmu bukan study untuk menjawab exam..Jika study semata-mata untuk menjawab exam, kita tidak akan dapat manfaat ilmu tersebut pada masa hadapan..
All the best!!

Friday, November 26, 2010

berakhirnya kitchen..

Semalam adalah final exam kitchen untuk sem ni..Alhamdulillah, berakhirnya exam semalam maka berakhirnya kitchen untuk sem ni..Exam semalam berjalan dengan lancar dan baik sekali..Kali ni pelajar2 diberi tema 'black box' dan kami perlu create menu sendiri..Agak mencabar jugak exam kali ni. Kami perlu memasak 2 portion main course & 2 portion appetizer atau sup..Saya dan partner saya (Adek) memilih untuk menyediakan appetizer dan main course..

Hanif & Adek
Untuk appetizer, kami create sesuatu yang baru iaitu begedel dari sweet potato..Main course pulak kami buat roasted chicken..Alhamdulillah, kami dapat comment yang baik dari chef cuma ade beberapa kesilapan & kelemahan yang perlu diperbaiki..Appetizer kami kurang 'acid' & sauce die tak berapa nak fruitty sangat..hehe..Main course pulak, presentation agak hancur & sauce yang dipilih tak kena@ngam dengan roasted chicken.


puas hati ke x dgn keje?hehe




roasted chicken dressing with white sauce, accompanied with sauteed vege and mashed potato

stuffed sweet potatoes with mozarella cheese and bacon, dressing with fruitty sauce

appetizer

Ape2 pun kami dah cuba yang terbaik untuk final semalam dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada chef kami iaitu Chef Zaid kerana banyak memberi tunjuk ajar di dalam kelas sepanjang sem ni..Tak lupa jugak kepada kawan2 yang banyak membantu kami...sekian..

Saturday, November 20, 2010

Selamat datang!!

Assalamualaikum W.T.B,
Selamat datang ku ucapkan kepada diri sendiri ke dunia blog & selamat datang kepada anda yang pertama kali melawat blog saya..Blog ini dicipta untuk saya meluahkan segala rasa hati ini dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua..
Andai diri ini terkasar bahasa, atau membuat sesetengah pihak terguris, maka dialu-alukan untuk memberi nasihat yang membina kepada saya..
Semoga kita semua mendapat manfaat di dunia & akhirat..amin..